Save Link

share

Sunday, May 30, 2010

Lori Curang - Raja Lawak Dewasa

Komen 1 - Lori ini tumpang lalu kot..

Komen 2 - Nampak tak driver die kua nk isi minyak tu...kat ayer keroh ni

Tuesday, May 25, 2010

Penggunaan Bahasa Malaysia Raja Lawak Dewasa


TGK Dan FIKIRKAN APE YANG TAK KENA PSL RESIT NE..

Friday, May 21, 2010

Alasan Nak Balik Awal - Raja Lawak Dewasa

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah
boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi
lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak?
Ntah-ntah dia ponteng…
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati… Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah
seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!

LALANG PANJANG Vs TIANG BENDERA - Raja Lawak Dewasa

Cerita ni mengisahkan sebuah keluarga yang hanya mempunyai sorang anak lelaki yang berumur lebih kurang 10 tahun...nak dijadikan cerita ...

Suatu malam, si suami ni nak mengadakan hubungan sex dengan si isteri...jadi dia pun buat la plan nak halau anak dia kuar jap dari rumah sebab dia takut kalau2 anak dia dengar bunyi yang bukan2 dari bilik tidur dia...pepaham je lah..kan diorang nak tuttt....Oii Mat!!

Kau pegi jap tambat kambing kat belakang rumah kita tu...ko bagi lah makan ke, apa ke...kata si bapak ... si anak pun hairan...ape pak...malam2 buta ni nak tambat kambing....besok je lah....Ahh aku tak mau dengar alasan... ko pegi je...jadi si anak ni pun pegi la tapi sebenarnya tidak..si anak ni sembunyi bawah kolong rumah betul2 bawah bilik diorang...

Haa...mulalah program aku malam nie, bisik hati si bapak... wei Minah...awak tu tunggu apa lagi, BUKA LAH LALANG PANJANG AWAK TU...kata si bapak.... si mak pulak menjawab...awak pun BUKALAH TIANG BENDERA awak tu....lepas tu ape lagi mulalah....berbalik semula pada si anak tadi, dia pun dengar semua yang berlaku tapi dia tak berapa paham sangat...biasalah budak2 lagi....setengah jam kemudian si anak pun balik..

Ha sudah kau tambat kambing tu tadi Mat?? sudah pak...jawabnya....kat mana kau ikat kambing tu? kat TIANG BENDERA pak....kau bagi makan ape? LALANG pak.... kuang ajo punya budak...ko dengar ye tadi??

Tuesday, May 18, 2010

Kerak Nasi Untuk Ibu Selmat Hari Ibu

Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cita padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia..

tapi sayang ..orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH...

Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih.....sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup.

 
Cerita dari seorang kawan :

Cerita betul yg meyayat hati....Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua.

Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempoh hari.

 Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya. Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.

Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka.

Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis.

Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan rotis sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang.

Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd
anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN

Hot Lobak Putih Raja Lawak Gambar Dewasa


Hot Lobak Putih