Save Link

share

Friday, December 23, 2011

Sunday, December 18, 2011

Motosikal Buatan Sendiri : Hand Make : Raja Lawak Dewasa


Motosikal buatan sendiri yang sangat kreatif. Abang kat rumah jangan paksa adik buat camni lak.

Thursday, December 15, 2011

LAGI KISAH MALAM PERTAMA 18 PL : Raja Lawak Dewasa


Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.
Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis sayang.. Nanti emak
ayah dengar..
Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."
Kebetulan bilik mertua
hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang.
Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:

"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur.
Dia memang terdengar
anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli,
biasalah malam
pengantin, fikirnya.
Tapi kali ini dia sudah hilang sabar.
Dia bangun,
pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni?
Tak faham ke?
anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu.
Sambil tersipu-sipu pengantin
perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, klinik gigi esok baru bukak.."


Kah kah kah Kalau bapak bapak kat luar tu klu denga ank mengerang jgn tegur plak kahkahakh
Ade Aku kesah?

Sunday, December 11, 2011

Denda Cikgu Terlampau : Raja Lawak Dewasa



Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah.
Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim.

... "Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalamperbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulis,'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."

*hakim balas dendam dekat guru.haha


Di Petik

Angry Birds Game Raja Lawak Dewasa


The survival of the Angry Birds is at stake! Dish out revenge on the green pigs who stole the Birds' eggs. Use the unique destructive powers of the Angry Birds


Saturday, December 10, 2011

Awek Comey Facebook : Raja Lawak Dewasa





http://www.facebook.com/profile.php?id=100001102900901

Rumput Dan Kuda : Raja Lawak Dewasa



Rumput dan Kuda
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

Baling Kasut Raja Lawak Dewasa



Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa

Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."

Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat.. lalu disuruh pulang..."
...
Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"

Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"

Ayah Makan Ulat : Raja Lawak Dewasa


Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"

Kisah Jual Anak : Raja Lawak Dewasa




Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE….
hmmh,,sian dorang an xD

Budak Tengah Awek : Raja Lawak Dewasa


Cikgu baru : Murid2 hari ini cikgu nak kamu perkenalkan nama dan hobi kamu.. kita mulakan dengan pelajar lelaki dahulu?

Lelaki :
nama saya Ahmad bin Jul, hobi saya melihat embun.
nama saya Ali bin Tang, hobi saya melihat embun.
nama saya Abu bin Tik , hobi saya juga melihat embun.

Cikgu: Oh, semua pelajar lelaki mempunyai hobi yang sama.. bagus2...

sekarang pelajar perempuan pula...

Permpuan :
Hi !! nama saya Embun...

Thursday, December 8, 2011

Nenek Pegang Udin : Raja Lawak Dewasa


Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin : Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh

Nenek : Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie…

Udin : Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek : Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin : Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek. Lalu Udin ‘merempit‘ motornya, serentak dgn itu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.


Udin : Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye

Nenek : Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi

Udin : Nenek pegang kat mana Nenek : Pagar rumah.

Udin : “$%^&(#…..“