Save Link

share

Wednesday, November 14, 2012

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Khalwat Dengan Wan Syarifah Nooraazmanita Jururawat U41


PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat. Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.
Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi.

Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu. Mereka membayar denda itu. Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.

Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.
Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat. Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.

Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya. Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya. Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf. – Bernama

http://www.nescafeais.com/ketua-pengarah-kesihatankhalwat-wan-syarifah-nooraazmanita-jururawat-u41/


Monday, November 5, 2012

Belajar Number : Raja Lawak Dewasa

Seorang Guru Tadika bertanya kepada anak muridnya...
Guru : "Siapa didalam kelas ini yang mengenal nombor?"
Razif : "Saya Cikgu"
Guru : "Apa betul awak kenal nombor-nombor?"
Razif : "Ya Cikgu.. Saya telah belajar dengan ayah"
Guru : "Baiklah.. mari kita lihat...selepas 3.. berapa?"
Razif : "4"
Guru : "Bagus... Selepas 6?"
Razif : "7"
Guru : "Ya.. Bagus.. selepas 9?"
Razif : "10"
Guru : "Ya.. Bagus sekali... nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat tentang pelajaran kamu.. Okeylah.. Akhir sekali.. selepas sepuluh..berapa?"
Razif : "Jack, Queen, & King"

Thursday, November 1, 2012

Seloka MCD : Raja Lawak Dewasa


Samad : hello mcD
-mcD : iye.. nak pesan ape?
Samad : ayam ad3 ?
-mcD : ad3
Samad : boleh beradu dengan ayam laga saye tak ?
-mcD : (tutup telefon)

Samad: hello mcD
-mcD : iye betul .. ini yang telefon tadi ye ?!!!
Samad : nak tanye makanan ni.. ayam ade lagi ?
-mcD : ade !
Samad : nasi dengan ais-krim ade ?
-mcD : masih ade
Samad : kesian .. tak laku ek ?
-mcD : dasar orang gilaaa !!! (tutup telefon)

Samad : hello mcD
-mcD : weyh gile ! kau jangan nak main-2 boleh tak?
Samad : yeeee .. maaf nak tanye , bukak 24 jam ke ?
-mcD : yee .. kenape ? nak pesan pape ?
Samad : takk .. cume kesian .. tak boleh tidur :3
-mcD : (baling telefon)

Samad : hello ini mcD ?
mcD : kau jangan lebih-2 .. saye cari belasah baru tau ! (mula marah)
Samad : maaf .. serius .. sekarang saye nak pesan makanan niii
mcD : haaa .. camtu laa .. jangan main-2 lagi k .. nak pesan ape ?
Samad : bubur kacang hijau ade tak???
mcD : (kejang , mulut berbuih dan pengsan seketika)

jangan pengsan ekk..