Save Link

share

Friday, November 29, 2013

Thursday, November 28, 2013

Alkisah siKongkang : Raja Lawak Dewasa

Korang tau tak kongkang ni ape? Kongkang ni kiranya cam monyet jugak pandai panjat pokok. Tengok gambar ni…


Pada zaman dahulu, kongkang ni dikira macam seekor haiwan yang baik hati dan paling comel di antara kaum kerabat dan geng-gengnya seperti monyet,kera,beruk,chipanzi dan seumpamanya. Dulu kongkang ni berekor panjang macam kartun marsupilami tu.

Jadi pada suatu hari tu,geng-geng kongkang ni cam kera,monyet, chipanzi, orang utan buat satu pertandingan ratu cantik. Syarat2 untuk menjadi pemenang perlu berwajah chomel, susuk tubuh menarik  dan berekor panjang. Jurinya pula sudah tentulah sang kancil yang bijaksana.

Maka berjalanlah pertandingan tersebut. Kongkang Berjaya menjadi juara. Ini mendatangkan kejelesan kepada peserta yang lain. Memandangkan perangai kawan-kawan kongkang ni tak tahu malu jadi mereka menyuarakan perasaan jelesnya kepada kongkang.

Ala..u memangla boleh jadi juara sebab ekor u panjang, kalau ikutkan I ni lagi sesuai jadi juara memandangkan badan I yang seksi dan solid ni.” Ujar Chipanzi.
Cuba U all tgk I pulak. Ape kurangnya I ni,muka I ni ada iras-iras Kak Limah yang kita curi buah rambutannya tu. Kak limah tu menten je jadi juara ratu kebaya kat kampong die tiap2 tahun, takkan la aku tak layak..?” tambah Orang Utan pulak.
Kang (nama timbangan untuk kongkang), u menang sebab ekor u jer.. Cube u sharekan ekor u yang panjang tu dengan we all. Barula adil. Next year baru tau sapa yang betol2 ratu” kata si Kera pula.

Kongkang yang baik hati ni pun bersetujula dengan cadangan rakanya tu.. Maka dia pun bagi la sorang sikit ekor die tu.. Kera dpt sejengkal,monyet dapat sejengkal,Orang utan sejengkal, semua dapat sejengkal… bila semua da dapat diorang pun balik…  Kongkang pun balek..

Sampai kt umah, kongkang pun berdiri di depan cermin.. Alangkah terkejutnya die,bila die tgk die sendiri da takde ekor langsung….

Keesokan harinya die pergi la lepak dengan kawan2nya kat pokok rambutan Kak Limah..  Geng2 dia pun pakat gelakkan kongkang.. Di sebabkan malu dan jauh hati kongkang pun masukla dalam hutan banat… Menjauhkan dari kawan2nya.. Sebab tu la kongkang ni jarang dilihat kt mana2…

Fikirkanlah moralnya dalam kehidupan kita...=)

Wednesday, November 27, 2013

Buang Perasaan Riak

Murid jahil: "Ustaz, macam mana nak hilangkan riak?"

Ustaz Alim :: " Buang 'AKU' dalam hati " ::

*Penjelasan;
Jika hati merasa, 
"Aku buat itu, aku buat ni.."

Buang 'Aku' sebutlah....
"ALLAH yg beri aku kekuatan untuk buat itu dan ini.. '
Tanpa ALLAH siapalah 'Aku'......

Sunday, November 24, 2013

Kisah Malam Pertama Sepasang Suami Isteri : Raja Lawak Dewasa


Kisah Malam Pertama Sepasang Suami Isteri | Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil…malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluargamasing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan…tidak pernah mereka berjalan beriringan…tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin…Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut….Si suami membasahkan tubuhnya…menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong…agak lama…sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu…Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil…umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur…itulah Cinta suaminya yang sejati…dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu…ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya…tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu….berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.

Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya…isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan…dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak…tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak…dan ketika awak membuka niqab…saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik….

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal…tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak…Wana’uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik…

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal…awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan…

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari…malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya…malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham… dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata ” Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :

“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu …Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada…nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung “. (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya ” dan kami jadikan mereka itu gadis perawan ” (ayat 36)

Subhanallah

Wednesday, November 20, 2013

Menteri Kesihatan Cedera Kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan : Raja Lawak Dewasa

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam (gambar) cedera ringan di bahagian leher apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Pedas-Linggi, malam ini. Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata ketika kejadian kira-kira 8.30 malam, Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 November di sini. Beliau berkata Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC kini mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah dan keadaan beliau adalah stabil. "Setakat ini tahu cedera ringan dan beliau sedang dapatkan rawatan lanjut...jika ada apa-apa serius kita akan bawa beliau untuk rawatan susulan di Hospital Besar Melaka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini. - Bernama, 20 November, 2013. credit

Saturday, November 16, 2013

UAP : USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG OFFICIAL TRAILER : Raja Lawak Dewasa

Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang"... Itulah Tajuk Filem Pertama Lakonan Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Yang Akan Diarahkan Oleh Pierre Andre


Download link..
http://adf.ly/advUu                

Sunday, November 10, 2013

Video Suspek Di Tangkap : Guard Tembak Ambank




tembak ambank
tembak ambank usj
kejadian tembak ambank
kes tembak ambank
kena tembak ambank
video tembak ambank
mangsa tembak ambank
guard tembak ambank
pengawal tembak ambank
kes tembak ambank usj