Save Link

share

Tuesday, December 31, 2013

Himpunan TURUN : Berita Akhir Tahun 2013

KUALA LUMPUR: Di sebalik keghairahan sambutan tahun baru 2014 penuh temasya oleh sesetengah pihak malam ini, sebahagian rakyat Malaysia memilih untuk turun membantah kenaikan kos hidup yang bakal dihadapi menjengah tahun baru esok.

Pada malam ini, ramai rakyat Malaysia dijangka turun untuk menyatakan bantahan secara aman khususnya di Dataran Merdeka, di mana tempat berlangsungnya acara sambutan ambang 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang menelan belanja hampir RM15 juta.

Himpunan malam ini dinamakan 'Himpunan Turun' yang merupakan inisiatif dari rakyat sendiri yang diketuai Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa lagi NGO lain.

Dengan konsep "Duduk dan Bantah" dengan pakaian hitam, himpunan malam ini dijangka bermula jam 9 malam, sehingga tiba detik jam 12 malam.

Pihak berkuasa bagaimanapun melabelkan perhimpunan malam ini sebagai "Himpunan Guling Kerajaan", dan mengancam akan bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat.

Beberapa bukti turut ditampilkan sebagai menyokong dakwaan tersebut termasuk penemuan bom yang dikaitkan dengan himpunan malam ini.

LAPORAN LANGSUNG

12.15 AM: Himpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Fadhli Saari.
Penganjur kemudian mengumumkan himpunan bersurai.
12.10 AM: Kelihatan peserta himpunan mula beredar keluar dari kawasan Dataran Merdeka dengan aman. Tiada kekacauan berlaku.
Pertama kali dalam sejarah tiada persembahan bunga api di Dataran Merdeka pada malam ini.
11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran.
Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal.
11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran.
11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahgian peserta sudah memasuki kawasan Dataran.
11.05 PM: AJK PAS PUSAT, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini kali pertama himpunan sebegini diadakan pada waktu malam, dan terbukti ianya aman.
"Kita harap keadaan ini berterusan sehingga tamat himpunan," katanya ketika berucap.
11.00 PM: Difahamkan berlaku sedikit kekecohan ketika peserta mahu melepasi benteng keselamatan menuju ke Dataran sebentar tadi.

Terdapat orang ramai terhimpit. Bagaimanapun suasana kembali terkawal sejurus selepas itu selepas polis mengawal keadaan.
10.50 PM: Pengarah Juham Noorazmir Zakaria berkata, tiga talian Hotline yang disediakan pihak mereka untuk aduan kes tangkapan malam ini telah di hack oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan dari orang ramai bahawa ada menerima mesej berbaur lucah dari ketiga-tiga nombor tersebut.
Pihak tersebut juga menggunakan nombor itu untuk menyebar mesej provokasi.
"Nombor-nombor 'hotline' JUHAM 016-6346633, 016-6241133 telah diceroboh (hacked) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami mendapat maklumat bahawa sms lucah dan menghina telah dihantar melalui nombor-nombor tersebut kepada pihak ketiga.

"SILA AMBIL PERHATIAN, pihak JUHAM tidak pernah menghantar apa-apa sms kepada mana-mana pihak, nombor-nombor tersebut hanya untuk pihak JUHAM menerima sms mengenai aduan dari mana-mana pengadu sahaja," dalam satu kenyataan 
kepada Harakahdaily.
10.45 PM: Pelbagai gelagat bantahan ditunjukkan peserta yang hadir malam ini. Masing-masing mereka menggunakan kreativiti tersendiri dalam menyuarakan bantahan.
10.40 PM: Himpunan Turun malam ini masih berlangsung aman. Peniaga turut mengambil peluang membuka gerai ditepi-tepi jalan.
Bagaimanapun Utusan Online melaporkan, polis menemui empat parang panjang dan tiga pisau rambo dipercayai ada kaitan dengan rancangan dengan perhimpunan 'menggulingkan kerajaan' malam ini .
10.35 PM: Pihak Polis membenarkan peserta himpunan masuk ke kawasan Dataran Merdeka yang ketika ini sedang berlangsung acara konsert.
10.30 PM: Gambar menunjukkan suasana orang ramai yang berpakaian hitam di LRT Bandaraya sedang menuju ke Dataran Merdeka.
10.20 PM: Dianggarkan lebih 10,000 orang sudah berkumpul di kawasan Dataran Merdeka dan jumlah ini dijangka terus bertambah menjelang detik 12 malam ini.
Pengerusi Turun, Azan Safar turut memberikan ucapan. Beliau adalah individu yang sebelum ini ditahan pihak polis ekoran penganjuran himpunan malam ini.
10.15 PM: Sebahagian peserta mengambil tempat dengan memenuhi jalan raya di kawasan sekitar dengan dengan kawalan pihak polis.
Ada di antara mereka dilihat mengambil kesempatan bergambar dan bertegur sapa mengucapkan terima kasih kepada pihak polis.
10.10 PM: Kelihatan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sekali lagi menyampaikan ucapan kepada peserta yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.
Antara lain beliau berkata, himpunan malam ini adalah himpunan mengembalikan maruah dan hak rakyat.
""Saya hadir ini bagi menghalang sebarang usaha guling kerajaan. Namun nampaknya ia berlangsung dengan aman. Syabas kepada yang hadir kerana kita dapat berhimpun dengan aman jika tiada provokasi dari pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Ratusan anggota polis serta FRU dilihat berkawal di jalan masuk ke Dataran.
10.05 PM: Dataran Merdeka- Beberapa pemimpin parti politik serta aktivis mula berucap di lokasi berdekatan dataran. Turut berucap Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin.
Laungan "Turun Harga Barang,Turun Harga Minyak, Turun Harga Gula" bergema.
10.00 PM: Dataran Merdeka- Peserta himpunan dilihat semakin ramai. Mereka memenuhi sepanjang jalan sehingga ke Masjid Jamek..
Di pentas utama dataran, sedang berlangsungnya konsert nyanyian anjuran DBKL. Suasana sorakan penonton bagaimanapun meneggelamkan bunyi nyanyian.
9.50 PM: Perhimpunan aman malam ini turut disertai pelbagai lapisan masyarakat, merentas etnik dan ideologi.
Wakil seniman Paksi Rakyat (Paksi) Hasni Abas turut bersolidariti bersama malam ini. Kumpulan mereka berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
9.45 PM: SOGO- Kumpulan yang bergerak dari Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut tiba di hadapan Sogo dan mula bergabung dengan peserta yang sedia menunggu di sini.
Mereka terus bergerak menuju ke Dataran Merdeka.
9.40 PM: SOGO- Laungan 'Hidup Rakyat', 'Bangkit Rakyat', 'Tumbang BN' berterusan digemakan. Mereka juga beransur-ansur bergerak ke Dataran Merdeka. Cuaca baik malam ini dilihat memudahkan pergerakan peserta.
Kelihatan anggota trafik turut mengawal lalulintas sementara pengguna jalan raya dilihat turut membunyikan hon tanda sokongan.
9.30 PM: DATARAN MERDEKA- Suasana di sekitar Dataran Merdeka mula dipenuhi mereka yang berpakaian hitam. Dianggar ribuan sudah memenuhi jalan masuk ke Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya termasuk dari Jalan Sultan dan Jalan TAR.
 9.25 PM: Kumpulan dari Pejabat AGung PAS di Jalan Raja Laut mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Pergerakan mereka diawasi pasukan Unit Amal yang turut menjadi barisan hadapan.
Turut kelihatan Pengerusi Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar turut bergerak bersama kumpulan ini.
 9.20 PM: SOGO- Hampir 300 orang memenuhi kawasan dataran hadapan kompleks membeli belah ini. Sebahagian mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka secara berperingkat.
Sekumpulan anak muda menunjukkan playkad bertulis "Rakyat Sengsara Tahun 2014" kepada orang ramai yang lalu lalang di sini, sebagai suara bantahan yang akan digemakan malam ini.
 9.15 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Naib Presiden PAS Salahudin Ayub turut memberi ucapan kepada peserta di sini. Beliau bersama beberapa lagi pimpinan PAS dijangka mengetuai perjalanan dari sini ke Datan Merdeka.
 9.10 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat memberikan ucapan semangat kepada peserta himpunan yang berkumpul di hadapan bangunan pejabat PAS di Jalan Raja Laut ini.
Turut serta beberapa lagi exco serta pimpinan pemuda yang lain.
9.05 PM: SOGO- Empat orang anak muda dari Lumut , Perak memberitahu mereka berkongsi duit minyak untuk sama-sama datang ke Kuala Lumpur bagi menyertai himpunan ini.
Salah seorang dari mereka, Hafiz Sulung, 23, bertolak dari Lumut jam 1 petang tadi dan tiba di kompleks membeli belah Sogo kira-kira jam 7 petang ini.
Mereka menjelaskan penyertaan mereka malam ini atas dasar kesedaran dan tekanan yang dirasai akibat kenaikan kos hidup yang semakin tinggi.
9.00 PM: SOGO- Dua orang kakitangan kerajaan yang ditemui oleh Harakahdaily di sini turut menyatakan sokongan kepada himpunan ini. Mereka menyifatkan peserta malam ini sebagai mewakili rakyat terbanyak yang terbeban dengan kos sara hidup.

"Kami guru, jadi tak boleh sertai himpunan ini. Tadi dah dapat memo dari pengetua melarang guru sertai himpunan ini," kata salah seorang darinya yang enggan memberi nama.
8.45 PM: SOGO- Kehadiran di sini mencecah 300 orang dan dijangka terus bertambah dari masa ke masa.

8.40 PM: PEJABAT AGUNG PAS- Sekumpulan pasukan Unit Amal yang terkenal dengan jolokan 'tentera merah' dilihat berkumpul dan mengadakan perbarisan sebagai persediaan mengawal keselamatan peserta himpunan malam ini.

Turut kelihatan, orang ramai yang berpakaian hitam mengambil tempat memulakan himpunan di sini sebelum bergerak ke Dataran Merdeka berjarak kira-kira 3 kilometer.

8.30 PM: SOGO- Orang ramai dengan berpakaian hitam mula berkumpul di hadapan kompleks membeli belah Sogo. Kehadiran mereka dikatakan tiba seawal jam 6 petang.

Majoriti di yang berkumpul di sini adalah dari kelompok aktivis mahasiswa dan juga anak-anak muda.

Beberapa pemimpin mereka dilihat memberikan ucapan ringkas sambil melaungkan 'Hidup Rakyat, Bangkit Anak Muda'.

Pembunuhan dua wanita warga Myanmar di Kampung Setol : Berita 2013

Pekik minta tolong


Perai: “Saya terdengar suara orang menjerit meminta tolong, tetapi apabila sampai, saya lihat seorang daripada mangsa sudah mati di tepi jalan. Seorang lagi berada dalam belukar,” kata seorang saksi yang enggan dikenali mengenai pembunuhan dua wanita warga Myanmar di Kampung Setol dekat sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mangsa yang sebagai dikenali Than, 42, dan Htay Htay Than, 19, ditemui orang awam di tepi kawasan belukar berhampiran kampung berkenaan dengan beberapa kesan tikaman di belakang badan dan muka.
Saksi itu berkata, ketika melalui jalan pintas di kampung berkenaan, dia berpatah balik apabila mendengar suara menjerit meminta pertolongan dan melihat salah seorang daripada mangsa sudah tidak bernyawa di tepi belukar.

Katanya, ketika kejadian, jalan berkenaan agak sunyi dan berikutan itu, dia terus menghubungi pihak polis.
Foto
ANGGOTA forensik mengangkat mayat mangsa yang ditemui di Jalan Baru, Kampong Setol.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kedua-dua mangsa tinggal serumah di kampung berhampiran dan datang ke Kampung Setol untuk bertemu rakan mereka.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/31

Sunday, December 29, 2013

Penjawat awam jadi mangsa banjir boleh tuntut insurans

Kuala Lumpur: Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini boleh membuat tuntutan insurans sekiranya memiliki akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, mereka disarankan supaya menghubungi Kementerian Kewangan di Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).

“Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi @MOFmalaysia untuk mendapatkan maklumat tentang tuntutan insurans,” kata beliau melalui tweet terkininya semalam.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mengulas pekeliling berkaitan tuntutan insurans bencana alam pinjaman perumahan Perbendaharaan bagi mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan 19 Disember lalu.

Menurut pekeliling berkenaan, semua penjawat awam terbabit dinasihatkan mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing.

Tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, selain kejadian pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir.
Selain sekiranya berlaku tangki air pecah, kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan di dalam rumah dan perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami turut dibenarkan mengemukakan tuntutan.

Mangsa boleh membuat tuntutan dengan menghubungi syarikat insurans atau takaful yang sedia memberikan perkhidmatan masing-masing. BPP berharap mangsa segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang http://bpp.treasury.gov.my dan meja bantuan banjir di talian 03-8880 212.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Darah haid berketul-ketul : Soal Jawab Kesihatan Perempuan : RajaLawakDewasa

Saya mengalami haid tidak teratur iaitu kadang-kadang lambat seminggu, kadang-kadang lambat beberapa hari.
Haid saya juga lambat bulan ini, cuma saya risau kerana haid yang banyak berbanding kebiasaan. Kali ini ia keluar berketul-ketul, adakalanya banyak, adakalanya sedikit. 
Saya sebenarnya tidak pernah mengalami keadaan sedemikian dan baru-baru ini, saya pula tergelincir di tangga. Adakah ia antara punca keadaan haid saya ini?
 

Yang Risau,
Kuala Lumpur 

Adakah anda berkahwin dan sudahkah anda menjalani pemeriksaan doktor? Ini kerana ia mungkin disebabkan masalah kehamilan atau keguguran.

Kemungkinan kedua paling lazim adalah gangguan hormon yang berpunca daripada ovari. Ada ubat yang dapat menghentikan pendarahan haid daripada rahim tetapi masalah ovari juga perlu ditangani agar ia tidak berulang sehingga menyebabkan anda bergantung kepada ubat berkenaan.

Apapun, jika anda mengalami pendarahan haid yang banyak, ia boleh menjejaskan kesihatan anda akibat kekurangan darah sama ada dalam jangka masa terdekat mahupun jangka masa panjang.

Jarang pendarahan daripada faraj disebabkan trauma seperti tergelincir kerana rahim berada dalam kedudukan terlindung di dalam sangkar tulang pelvis.

Bagaimanapun, apabila anda menjalani pemeriksaan doktor, ini juga akan diperiksa.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Pasangan kekasih kena tembak : Hmetro : Berita 2013

Kinabatangan: Seorang kerani wanita di sebuah ladang maut, manakala kekasihnya parah selepas mereka dipercayai ditembak ketika berehat di sebuah pondok di Ladang Kim Loong Tongod, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa Rozaliah Peter, 19, dari Kampung Langkabung Tongod, dekat sini, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Telupid, dekat sini, akibat ditembak di belakang sebelah kiri badannya, jam 6.45 petang.

Manakala, kekasihnya Amiruddun Mustamin, 27, pekerja kilang sawit Kim Loong Tongod, dekat sini, cedera dengan satu kesan tembakan di bawah bahu kanan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Duchess of Kent Sandakan, di sini.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Deputi Superintendan Martin Lugu berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Telupid yang memaklumkan seorang perempuan dan lelaki cedera dipercayai akibat terkena tembakan.

“Mangsa perempuan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Telupid, manakala mangsa lelaki cedera di bahu dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan. “Keadaan mangsa lelaki dilaporkan serius dan masih menerima rawatan lanjut,” katanya, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati, Rozaliah bersama Amiruddin sedang berehat di pondok di dalam ladang sawit kira-kira 300 meter dari jalan utama Jalan Telupid - Tongod, di sini, jam 6.45 petang.
“Tiba-tiba Amiruddin dikatakan terdengar bunyi tembakan sebelum melihat Rozaliah berlumuran darah, manakala dia turut cedera di bahu.

“Amiruddin dipercayai menghubungi rakan sebelum mereka dihantar ke Hospital Telupid untuk rawatan, namun Rozaliah disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Telupid,” katanya di sini.
Martin berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, Amiruddin ada melihat individu berlari sambil membawa lampu suluh di bawah bukit tidak jauh dari pondok tempat mereka berehat.

“Mayat Rozaliah dihantar ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan untuk bedah siasat, manakala Amiruddin turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sepasukan anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Wednesday, December 25, 2013

BoboiBoy Musim 3 : Download Full BoboiBoy Musim 3 : RajaLawakDewasa



BoboiBoy Musim 3 Free Download

BoBoiBoy Musim Ketiga! Akan datang pada 5 Januari 2014!

Papadom 2 Free Full Movie Download : Malay Movie 2013 : RajaLawakDewasa


Sinopsis Movie Papadom 2 (2013) Papadom 2 masih lagi berkisar mengenai perhubungan dua beranak iaitu Saadom dan Mia. Berbeza kali ini apabila Mia telahpun menamatkan pengajiannya di universiti dan kini bekerja di salah sebuah syarikat produksi di Kuala Lumpur. Saadom pula masih mengusahakan restoran nasi kandarnya di Pulau Pinang. Saadom yang bersendirian di Pulau Pinang mula merasakan hidupnya kosong kerana Mia terlalu sibuk bekerja sehingga jarang pulang ke kampung dan menghubunginya. Saadom cuba menghubungi Mia untuk melepaskan rindu tetapi panggilannya tidak berjawab.
Hanya suara Mia dari peti pesanan suara dapat mengurangkan sedikit kerinduannya terhadap Mia. Saadom turut mengumpul keratan-keratan akhbar mengenai kejayaan Mia dan dinding-dinding di rumahnya penuh dengan gantungan keratan-keratan akbar yang telah dibingkaikannya. Rakan-rakan Saadom yang singgah melawat di restoran turut bertanya mengenai perkembangan Mia di Kuala Lumpur kepada Saadom. Kerinduaan Saadom semakin memuncak terhadap anak kesayangannya itu apabila melihat anak-anak rakannya masih lagi melepak dan meluangkan masa bersama mereka. Saadom mula merasa sedikit kesal kerana membiarkan Mia bebas berseorangan di Kuala Lumpur tanpa jagaannya.
Suatu hari, Saadom mengambil keputusan datang ke Kuala Lumpur untuk membuat kejutan kepada Mia dan semasa berjumpa dengan Mia, Saadom mendapati anak kesayangannya itu sedang menangis teresak-esak. Saadom memeluk anaknya dan bertanya apa yang telah berlaku kepada Mia dan Mia memberitahu kepada bapanya yang dia telah bergaduh dengan kekasihnya. Saadom cuba untuk mencampuri urusan percintaan anaknya itu tetapi dihalang Mia.
Saadom turut bertanya kepada Mia siapakah kekasih hati anaknya itu tetapi Mia tidak mahu memberitahu kerana dia masih belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya kepada Saadom. Mia memberitahu Saadom lelaki ini yang bakal dikahwininya nanti. Sebagai seorang bapa yang sangat menyayangi dan melindungi anaknya, Saadom mula menyiasat siapakah lelaki yang kini berada di hati anaknya. Saadom mendapati terdapat 3 orang lelaki yang agak rapat dan kerap menghubungi anaknya. Salah seorang dari lelaki ini bekerja sebagai eksekutif yang berjaya, seorang lagi penerbit filem dan seorang lagi pelakon popular.
Saadom cuba untuk berkenalan dan menjadi kawan kepada tiga orang lelaki yang disangka berkemungkinan mempunyai hubungan dengan Mia. Saadom turut menyamar untuk menyiasat aktiviti social 3 orang lelaki ini. Setelah membuat kesimpulan dan hipotesisnya sendiri mengenai lelaki yang paling sesuai untuk anaknya, Saadom bersiap sedia untuk memberitahu Mia. Suatu hari semasa Saadom mahu memberitahu Mia lelaki yang sesuai dengan anaknya itu, Mia telah memberikannya kejutan dengan membawa kekasih hatinya berjumpa dengan Saadom.
Saadom sangat terkejut kerana lelaki yang diperkenalkan kepadanya bukanlah salah seorang daripada tiga orang lelaki yang disiasatnya dan disangkakan kekasih Mia sebelum ini. Lelaki itu bukan sahaja kelihatan terlalu jauh beza umurnya dengan Mia malah merupakan seorang duda yang mempunayi seorang anak dan Saadom terasa sedikit kecewa dengan pilihan Mia. Saadom kembali menyamar dan menyiasat latar belakang kekasih hati Mia.
Satu hari semasa dia mengekori lelaki itu ke rumah, dia mendapati terdapat seorang gadis muda di rumah itu menyambut kepulangan kekasih Mia dengan sangat mesra. Saadom membuat kesimpulannya sendiri bahawa kekasih Mia tidak boleh dipercayai dan hanya memperalatkan perempuan muda untuk melempiaskan nafsunya.
Saadom cuba memberitahu dan meyakinkan Mia mengenai perilaku kekasih Mia. Mia mulanya tidak mahu mempercayai kata-kata bapanya tetap akur dan berpisah dengan kekasihnya walaupu dia sangat sedih dan tidak sanggup melepaskan kekasih hatinya itu. Kekasih Mia datang berjumpa dengan Saadom menjelaskan perkara sebenar kepadanya dan menerangkan perasaan sebenarnya kepada Mia. Saadom tersedar akan kesilapannya dan mula mencari jalan untuk dan menyatukan kembali anaknya dengan lelaki itu.

Kategori : Movie / Filem
Tarikh Tayangan : 12 December 2013 AKAN DATANG
Papadom 2 (2013) Full Movie (cerita penuh)

Muat Turun Percuma  ---- Tunggu update Ye ---

Sumber: 

Tuesday, December 24, 2013

Ibu jadi mangsa seksual anak sendiri : Anak Durjana

KOTA BHARU - Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun.

Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu.

Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri.

“Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek,” katanya kepada pemberita, semalam.

Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya.

“Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya.

“Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian,” katanya.

Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

kredit

Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu : Lahad Datu 2013

SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
 
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
 
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
 
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
 
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
 
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
 
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.
 
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Monday, December 23, 2013

Cinta murtad : Raja Lawak Dewasa

Kuala Lumpur: Hanya disebabkan mencintai kekasih berlainan agama, seorang wanita berusia 24 tahun tergamak membiarkan ayah kandung dicekik abang teman lelakinya ketika si bapa cuba membawanya pulang dari rumah kekasih, di sini.
Lebih menyedihkan, si anak tidak menghiraukan rayuan ayah dan ibu kandungnya yang datang menjemputnya pulang, sebaliknya menyuruh kedua-dua orang tuanya itu membiarkannya tinggal di kawasan rumah panjang itu bersama teman lelakinya.

Menceritakan kisah itu, ayah malang yang hanya mahu dikenali Omar, 53, berkata, dugaan diterimanya amat berat apabila anak perempuan disayanginya terjebak dengan cinta menjurus ke arah murtad.

“Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.
FotoGAMBAR gadis yang lari dan menetap bersama kekasih bukan Islam.

“Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.

kredit 

Sunday, December 22, 2013

Polis Padang Besar Di Bom: Gambar : Berita Terkini 2013 : Raja Lawak Dewasa

1475857_727356773943503_1826233017_n 
Padang Besar :  Dua letupan bom telah berlaku di hadapan balai polis Padang Besar dan Sadao (berhadapan dengan kompleks imigresen Padang Besar), Thailand.
Penyerang di percayai telah meletukan bom yang di letakkan dalam motosikal dan di tinggalkan dihadapan balai polis. Walaubagaimana pun tiada kemalangan jiwa di laporkan.

1458418_727356527276861_1732524453_n

Difahamkan juga letupan di percayai berlaku di hadapan balai polis Sadao. Serangan kemungkinan  dilakukan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan ketika pihak keselamatan menumpukan perhatian terhadap protes anti kerajaan pada hari ini di thailand.

1506008_727356740610173_1233781582_n 1512522_727356787276835_1293127280_n 1486578_727356803943500_252079885_n
Padang Besar dijadikan sasaran kemungkinan kerana ianya berada di luar kawasan dan tahap keselamatan dan kawalan yang tidak ketat.

kredit

Saturday, December 21, 2013

(Gambar )Kejadian Letupan Bom Di Padang Besar Thailand : Berita Terkini 2013

Sadao (Thailand): Tiga letupan bom buatan sendiri dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan 1.45 petang tadi masing-masing di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), di dalam Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok.
Letupan terbaru di Hotel Oliver mengakibatkan sembilan warga Thailand yang juga peniaga berdekatan cedera parah.
Governor Songkhla Grisada Boonrach mengesahkan perkara berkenaan dan tiada kematian dilaporkan sehingga tengah hari ini.
Sehingga kini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa Thailand sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.
FotoSISA letupan bom dipercayai buatan sendiri yang diletakkan di dalam motosikal
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

kredit berita terkini 

Cemburu Makan Diri : Berita Sensasi 2013 : Raja Lawak

Kuala Lumpur: Bersuamikan lelaki tampan dan kacak sering menerbitkan rasa cemburu kepada si isteri, apatah lagi jika si suami agak miang dan kerap meninggalkan rumah kerana tuntutan tugas.
Bimbang teman hidup ‘makan luar’ atau dikebas wanita lain, ada segelintir isteri mengambil jalan mudah melakukan perbuatan khurafat untuk menundukkan suami dengan harapan rumah tangga dibina kekal harmoni tanpa kehadiran orang ketiga.
Ini termasuk amalan ‘mengunci suami’ iaitu menggunakan ilmu sihir untuk menutup atau mengikat nafsunya terhadap wanita lain terutama ketika berjauhan dengan isteri.

Bagaimanapun, risiko menggunakan khidmat syaitan amat tinggi terutama jika menggunakan bahan kotor seperti batang keladi, nasi kangkang, air mani, titisan peluh serta seluar dalam kotor untuk tujuan itu. Akibat tersilap kunci, si suami turut hilang nafsu terhadap isteri sendiri.
FotoIkram dan Iza menceritakan pengalaman mereka kepada wartawan Metro Ahad.

Itulah nasib yang berlaku kepada Ikram, 28, angkara perbuatan isterinya, Iza, 23. Pasangan ini sanggup berkongsi pengalaman mereka kepada pembaca Metro Ahad sebagai iktibar agar tidak sekali-kali cuba melakukan perbuatan sama.

maklumat lanjut di Hmetro

Derma Jantung : Raja Lawak Dewasa : Kisah Lawak

Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .
Jejaka : sy taw T_T I love you .
Gadis : I love you too .

(Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok jejaka takde . Tp ayah die je yg ade)

Gadis : mane suami sy ayah ?
Ayah : Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ? T_T
Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis )
Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas ..

-niza-

( VIDEO ) PENGODAM Hack TOUCH N GO : Berita Terkini 2013 : Raja Lawak Dewasa

VIDEO: Godam Kad Touch N Go Guna Telefon Pintar!
Rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n’ Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini.
Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui.
Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka.
Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n’ Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol.
Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n’ Go di plaza tol tersebut.
Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n’ Go.
Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan.
Dalam respon segera, wakil Touch n’ Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu.
“Buat masa ini, Touch n’ Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan,” kata wakil tersebut. 
Mstar.com.my

Guru penolong kanan terlampau : Berita Terkini 2013

  • Guru penolong kanan terlampauLizah dan Muhamad Usman dihadapkan ke mahkamah majistret semalam.
 1 / 1 
AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.

Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014.





kredit

Tutorial Android 4.3 N7100XXUEML3 Available for Galaxy Note 2 : Raja Lawak Dewasa



Samsung has rolled out a new stock firmware build N7100XXUEML3, which is based on Android 4.3 Jelly Bean, for the international variant of the Galaxy Note 2. The update is available for the users in south Asian countries as Over-The-Air update and through the Samsung Kies server.
N7100XXUEML3 Android 4.3 Jelly Bean update is available for Galaxy Note 2.
N7100XXUEML3 Android 4.3 Jelly Bean update is available for Galaxy Note 2.
Firmware details
PDA: N7100XXUEML3
CSC: N7100OLBEML1
MODEM: N7100XXUEMK1
Version: Android 4.3 Jelly Bean
Build date: 9 December
Those who failed to update their devices using either of the official methods and wish to update their devices manually may follow our step-by-step guide. As N7100XXUEML3 is an unbranded version of firmware it can be installed on any unlocked GT-N7100 unit.
IBTimes UK reminds its readers that it will not be held liable for any damage to the device. Users are also advised to verify their handsets meet the following set of requirements.
Pre-requisites
1) Install USB Driver for Samsung Galaxy Note 2 to connect the Android device with computer.
2) Enable USB Debugging Mode on phone to connect it with the computer and use Android SDK with it. [Navigate to Settings >> Developer Options to enable USB Debugging Mode.]
3) As the tutorial is likely to wipe out all data of the phone, create a backup. If the device is having any custom recoveries such as CWM/TWRP installed then backup data using the recovery.
4) If the Android device powers off due to lack of battery while the installation process, it could damage the device. Therefore, the Note 2 should have above 80% battery charge.
5) The device should be factory unlocked and not locked to a particular carrier.
6) The phone will lose custom ROM with the installation of official firmware. Also, the custom recovery will be replaced by the stock recovery.
7) The device will no longer belong to a rooted version once official firmware is installed.
8) XXUEML3 Android 4.3 Jelly Bean stock firmware works only with Samsung Galaxy Note 2 GT-N7100. As flashing this on any incorrect variant might brick the device, verify the model number of Note 2 by navigating toSettings>> About device>> Model number.
How to install N7100XXUEML3 Android 4.3 Jelly Bean on Galaxy Note 2 N7100
Step-1: Download N7100XXUEML3 Android 4.3 Jelly Bean [Alternative link] for Galaxy Note 2 to computer. Extract the firmware zip using winrar/7zip/winzip or any other extracting tool to get a .tar.md5 file along with some other files
Step-2:  Download Odin3 v3.07. Extract Odin zip to get Odin v3.07.exe in it
Step-3: Run Odin3 v3.07.exe as Administrator
Step-4: Switch off the Galaxy Note 2. Place the phone in Download Mode by pressing and holding Volume Down and Power buttons together until a construction Android robot icon with a warning triangle appears on screen. Now press the Volume Up button to enter continue to enter into Download Mode
Step-5: Connect the phone to computer using USB cable while it is in Download Mode. The successful connection will be indicated by anAdded message in Odin and also the one of the ID: COM box will turn light blue with the COM port number.
Note: If the Added message does not appear, try another USB port located at the back side of the computer. If Odin still fails to recognise the phone then reinstall USB driver.
Step-6: In Odin select the files extracted from N7100XXUEML3 zip
a) Click the PDA button and select the file with .tar.md5 extension
b) Click the Phone button and select file with MODEM in its name
c) Click the CSC button and select file with CSC in its name
d) Click the PIT button and select .pit file
Note: Ignore the last three if such files are not found.
Step-7: Enable Auto Reboot and F.Reset Time checkboxes in Odin window. But ensure Re-Partition option is unchecked, select it only when .pit file is used
Step-8: Double check everything and click the Start button in Odin to begin installation
Step-9: When the installation process is completed, the phone will restart and soon a PASS message with green background in the left-most box at the top of Odin will appear. Unplug the USB cable from the phone to disconnect it from computer
The Galaxy Note 2 should now be updated with the latest N7100XXUEML3 stock build based on Android 4.3. Navigate to Settings>> About device to verify the new software version running on the handset.
Troubleshoot
If the Galaxy Note 2 gets stuck at booting animation or Samsung logo (after step-9) then go to recovery mode by pressing and holding Volume Up andPower buttons together. Perform Wipe data/Factory Reset and Wipe Cache Partition. Now reboot the phone by selecting reboot system now from the recovery menu. In recovery mode use Volume keys to navigate between options and Power button to select any particular option. But performing wiping task will erase the device's internal memory.
[Source: Honai of Android]