Save Link

share

Tuesday, January 28, 2014

Pinjam Wife Jiran : Raja Lawak Dewasa

Sorang lelaki menerima sms dari jirannya yang telah berpindah 2 hari lepas: 

"Maafkan saya, saya dah guna wife tuan semasa menjadi jiran tuan semenjak 5 bulan lepas bila tuan tiada di rumah. Siang dan malam. Saya buat pengakuan ni sebab saya rasa sangat berdosa. Harap tuan maafkan saya."

Lelaki itu segera balik ke rumah dan memukul isterinya lalu menceraikannya dengan talak 3. Tak lama selepas itu dia menerima sms dari jirannya tadi: "Maaf tuan. Salah ejaan. Bukan wife tapi wifi."

Moral: siasat sebelum bertindak....

Friday, January 24, 2014

Lagi Kes Tembak : Raja Lawak Dewasa

Lagi kes tembak..

Balai Bestari Jaya,Selangor

Tuan,

Sinopsis kejadian tembak di Kg Batang Berjuntai@Bestari Jaya
Mangsa : umur 22 tahun
Jantina: Perempuan Melayu
Warganegara : Malaysia
Suspek : Lelaki Melayu
Umur: 30 an
Tarikh : 16 Ogos 2013(Jumaat)
Pelapor:L/Kpl Pornosami A/l S.Pundianda
Masa :
2000hrs - Jiran mangsa mendengar mangsa bercakap dengan suspek berkenaan 'tembak saya' malam ini
2045hrs - Sekali lagi jiran mangsa mendengar percakapan Mangsa dengan suspek 'kalau abang nak tembak,tembaklah sekarang,x ada siapa boleh halang' kemudian jiran mangsa terdengar jeritan 'Aduh!Aduh!sakit bang!'
Oleh kerana berasa curiga,jiran tadi mengajak rakannya untuk mengintip di tepi rumah mangsa dan didpti lampu rumah dimalapkan dan kedengaran seperti beberapa kayu patah dari dalam dan pintu berkunci.
2125hrs - Terdengar sergahan kuat drp suspek kepada mangsa di bilik tidur,'masa aku nak tembak peluru terakhir ni patah pula!jangan kemana-mana abang belum puas hati lagi ni!!!'
2145 hrs - Rumah tiba-tiba senyap sunyi.Jiran mangsa cuba mengumpil tingkap bilik tidur mangsa untuk mengetahui apa yang berlaku...dalam keadaan yang tidak dijangka jiran-jiran mangsa ditengking dengan kuat oleh suspek menyebabkan mereka melarikan diri. "Hoi!!!korang x de keje lain ke???aku nak tembak bini aku suka ati aku la,lagipun malam ni malam jumaat,sunat lagi tu,pegi la tembak masing-masing punya sendiri!!!"

SEKIAN UTK MAKLUMAN TUAN..

Tuesday, January 14, 2014

SYAMSUL YUSOF,PUTERI SARAH SAH NIKAH FEBRUARI INI - DATIN PATIMAH LUAH PERASAAN

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Ternyata memang benar keluarga Syamsul telah pun masuk merisik Puteri Sarah baru-baru ini. Mengikut perancangan, mereka berdua bakal dinikahkan bulan Februari ini. Benda baik haruslah dipercepatkan. Semoga segala perancangan dipermudahkan buat mereka berdua.

syamsul yusof dan puteri sarah liyanaPerkara ini telah disahkan oleh ibu Syamsul sendiri iaitu Datin Patimah Ismail. Kata Datin Patimah kepada Mstar Online:-
Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.
Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu
Menurut Datin Patimah, Syamsul Yusof melahirkan hasratnya untuk berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana selepas pulang dari menunaikan umrah baru-baru ini. Tambah Datin Patimah lagi:-
Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.
Sekembalinya dia dari Umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu
Saya lihat juga dia (Puteri Sarah) seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga saya tengok sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi.
Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga
syamsul yusof dan puteri sarah liyana
Alhamdulillah. Restu pun sudah ada, jadi tiada masalah untuk mengikat perhubungan ini dengan tali pernikahan. Tahniah Syamsul dan Puteri Sarah. Semoga semuanya berjalan lancar.
kredit cantiknara

Friday, January 3, 2014

'Saya Hantar Anak Ke taska Sihat, Terima dengan Badan Kaku' - Ibu Bayi 4 Bulan

Bayi mengeras, kebiruan pulang taska



Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia secara misteri di sebuah taska di Desa Pinggiran Putra, dekat sini, dan lebih menyayat hati kematiannya hanya disedari ibu bapa yang mengambil jam 2.15 petang, semalam.

Bayi malang itu, Azeem Rifhan dipercayai sudah sejuk dan kaku ketika diserahkan kepada ibunya, Rossmaine Sulaiman, 38, dan pengasuh mendakwa tidak tahu bagaimana keadaan itu berlaku kerana menyangka bayi itu nyenyak tidur.


Melihat keadaan anak kelimanya yang sudah mengeras dan biru, Rossmaine terus membawanya ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk rawatan lanjut, malangnya bayi itu gagal diselamatkan walaupun sudah diberi bantuan pernafasan (CPR) lebih satu jam oleh doktor bertugas.



“Saya menghantar Azeem jam 7.15 pagi sebelum keluar bertugas sebagai jururawat di HPj, selesai bertugas saya dan suami terus ke taska untuk mengambil anak, ketika mengambil dari tangan pengasuh saya terkejut apabila merasakan tangan Azeem mengeras dan tiada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HPj, di sini, lewat petang semalam.


“Ketika ditanya kepada kakitangan taska apa yang terjadi pada Azeem mereka hanya menjawab tidak tahu kenapa bayi tidak bergerak, menyebabkan saya terus membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HPj, di sini, lewat petang semalam.


Doktor mengesahkan Azeem sudah meninggal dunia antara jam 11 hingga 12 tengah hari tanpa disedari pengasuh.

Difahamkan, kematian bayi malang itu bukan disebabkan tersedak susu kerana pemeriksaan mendapati susu atau cecair yang berada di dalam kerongkong bayi itu sangat sedikit.


“Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi saya hanya membawa pulang tubuhnya yang sudah mengeras dan kaku,” katanya.

“Saya menangis hingga lembik kerana tidak menyangka Azeem pergi begitu cepat. Baru semalam dia bergelak ketawa ketika bermain bersama abang-abangnya, pemergiannya pasti akan dirindui,” katanya sebak.


Rossmaine berkata, dia cuba menghubungi pemilik taska berkali-kali namun taliannya dimatikan, sebelum suami pemilik taska itu menghubungi bagi bertanya dengan lebih lanjut. “Suami kepada pemilik taska berjanji untuk datang ke sini (hospital) tapi sampai sekarang (malam tadi) kelibatnya belum muncul”, katanya.


Menurutnya, dia amat kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya kerana pihak taska seolah-olah lepas tangan dan tidak mengambil berat terhadap anak-anak yang dijaga mereka hingga langsung tidak menyedari kematian bayinya.


Lebih menyedihkan, katanya hanya dua pengasuh yang bekerja di situ untuk menjaga puluhan bayi dan kanak-kanak.


Dia berkata, suaminya sudah membuat laporan di Balai Polis Dengkil, petang semalam.


Menurutnya, bayi berkenaan disembahyang dan dikafankan di HPj sebelum jenazahnya dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan.


Sementara itu pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Deputi Superintenden Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa tiada unsur jenayah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03

Kanak-kanak 4 tahun kritikal terjatuh dari Flat tingkat 10 Di Ampang

Kanak-kanak 4 tahun kritikal jatuh flat di Ampang


AMPANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan kritikal selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah flat di Taman Perindustrian Lembah Jaya, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, ibu mangsa dikatakan tiada di rumah kerana menghantar seorang anaknya ke sebuah sekolah berhampiran. 
Namun, apabila wanita berusia lingkungan 30-an terbabit pulang ke rumah, dia terkejut sebaik melihat anak lelakinya itu sudah terjatuh menghempap bumbung sebuah kereta yang diletakkan bawah flat berkenaan.

Sumber berkata, kanak-kanak terbabit kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, kerana kecederaan parah di kepala dan patah kaki.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya tingkat 10. Ketika kejadian, jeriji pintu di bahagian balkoni berkenaan dalam keadaan terbuka.

"Mangsa dipercayai keluar ke balkoni sebelum terjatuh. Jiran mangsa menyedari kejadian itu kemudian memaklumkan ibu mangsa yang pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, mereka segera menghantar mangsa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut dan masih tidak sedarkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah merakam keterangan ibu mangsa dan kes disiasat mengikut Akta Kanak-kanak 2001.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03