Save Link

share

Wednesday, September 16, 2009

Contoh Resume - Ohbetul Cerita Lawak

TSUMIRIN BIN ABDUL GHAFAR
25 Jalan 3/4
TamanBukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)

MalaysiaAirlines System
2 Mei 2004

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Tsumirin Bin Abdul Ghafar no k/
p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam
bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai
tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam bidang ini.
Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana
saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan
kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga
bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP.
Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan
menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua
nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja
disini. Itu saja keotaian saya.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3.Akademik
Sijil Pelajaran MalaysiaVokasional 1999-200
Matapelajaran: (gred)
>Bahasa Malaysia6D
>Bahasa Inggeris 6D
>Sains 7E
>Matematik 6D
>Pendidikan Islam 5C
>Sejarah 7E
>Lukisan geometri 7E
>Teknologi air-condition 6D
>Kerja bengkel 3B
>Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
>Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan
>Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

4. Pengalaman kerja
>Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak
>Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang,
Kuala Lumpur(kedai gemok) p/s (alignment kat situ tipu)
>Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.
(pusat serenti)

5. Sukan & Sosial

Menyertai pasukan kompang Kampong Batu 38, Sekendi. Nama Kumpulan,
Gendang Senada.
Johan Bolasepak 7 sebelah anjuran KEMAS, jadi gol keper gilir-gilir
dengan Apai Stemroll JKR.
6. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap
dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja
disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa
gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima
bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan
bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya
tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap
beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya
tidak
akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya
didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh
ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.
Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2
saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat
sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg
lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam
poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis
segala nya bermula & berakhir dgn baik.
Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan
berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

(Tsumirin Bin Abdul Ghafar)

No comments:

Post a Comment