SINGAPURA: Rusuhan tercetus di kalangan pekerja dari Asia Selatan, di
sini, malam tadi, dan merosakkan kereta polis dan beberapa kenderaan di
kawasan digelar `Little India', kata saksi dan media tempatan.
Kejadian berkenaan yang berlaku di republik yang mengamalkan
perundangan ketat tercetus di kawasan biasanya dibanjiri ribuan pekerja,
kebanyakannya dari benua kecil India, pada hari cuti mereka.
Punca kejadian tidak begitu jelas dan keadaan kemudiannya terkawal
dalam dua jam, kata orang ramai yang berada di kawasan itu memberitahu
AFP.
“Polis mengesahkan rusuhan berkenaan di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire, kira-kira 9.23 malam.
“Polis mengesahkan rusuhan berkenaan di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire, kira-kira 9.23 malam.
“Anggota polis di kawasan itu sedang mengawasi keadaan. Orang ramai dinasihati supaya menjauhi kawasan berkenaan,” menurut kenyataan Polis Singapura menerusi Facebook rasmi jabatan itu.
Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya dua kenderaan, termasuk ambulans terbakar di jalan.
Wartawan AFP yang berada di kawasan itu pula melihat tingkap kenderaan polis dan ambulans dipecahkan. - AFP
credit Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09
No comments:
Post a Comment