Presidennya Amali Munif Rahmat berkata, kadar baru itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kos perlu ditampung pengusaha bas di bawah naungan PPPBSM.
“Kami sudah mengadakan mesyuarat untuk mempersetujui cadangan kadar baru tambang bas sekolah yang bakal dinaikkan bermula Januari depan jika SPAD tidak mengambil keputusan muktamad meng umumkan kenaikan tambang yang sepatutnya.
Menurut Amali, jika SPAD tidak meluluskan kenaikan itu, ia dikhuatiri menjejaskan operasi PPPBSM kepada lebih sejuta murid dan pelajar menggunakan perkhidmatan mereka.
Amali berkata, kenaikan itu terpaksa dilaksanakan bagi mengurangkan beban pengusaha melainkan kerajaan memberikan pakej sesuai untuk menampung kos operasi bas sekolah.
“Kerajaan ada memperuntukkan pinjaman RM150,000 untuk pengusaha membeli bas baru bagi mengurangkan kos penyelenggaraan bas, namun akibat beberapa prosedur yang agak rumit, hanya segelintir saja mendapat kelulusan pinjaman.
“Pinjaman sebanyak itu bagaimanapun tidak mampu menampung kos untuk membeli bas baru.
“Ia boleh digunakan bagi membeli van penumpang buatan China berbanding van penumpang buatan Jepun berharga RM250,000 ke atas,” katanya.
Amali menyifatkan, pilihan yang ada meneruskan perkhidmatan bas dengan menaikkan tambang.
“Jika SPAD tidak membenarkannya, keberangkalian untuk ramai pengusaha bas sekolah memberhentikan operasi adalah tinggi. “Ini kerana, kami tidak pernah meminta apa-apa selain ditekan untuk menggunakan bas baru,” katanya.
credit
No comments:
Post a Comment